Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 6, 2018

KALAU SAYA JADI RAFIZI, SAYA MALU



Kalau saya jadi Rafizi, saya malu- Arul



Kuala Lumpur- “Kalau saya jadi Rafizi (Ramli) saya malu apabila dijatuhkan hukuman kerana melakukan penipuan dan menghasut tetapi beliau sendiri bangga dan mengaku kerjanya adalah penghasut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda mengenai Naib Presiden PKR itu.

Rafizi sebelum ini pernah mengaku bahawa kerjanya adalah penghasut rakyat dan berbangga kerana memiliki 14 saman akibat melakukan pelbagai hasutan dan pernah berdepan hukuman penjara.


Fitnah yang dibanggakan Rafizi Ramli


Antara fitnah yang pernah dilakukan oleh bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) itu adalah kerugian sebanyak RM933 juta oleh Lembaga Tabung Haji sehingga menyebabkan lebih 3,000 pendepositnya mengeluarkan simpanan masing-masing sedangkan Rafizi sendiri masih mempunyai akaun di Tabung Haji.

Arul yang mengenali Rafizi sejak zaman persekolahan berkata, bekas “musuhnya” di pentas debat itu memang seseorang yang suka terlepas cakap dan tidak pelik apabila beliau dan 1MDB sering menjadi tohmahan Rafizi.




Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa laporan media asing terhadap 1MDB sangat negatif, Arul yang mempunyai latar belakang undang-undang dan perakaunan itu berpendapat, pengamal media mungkin tidak mempunyai kemahiran teknikal di dalam isu 1MDB.

“Mereka mungkin hanya melaporkan sahaja apa yang disampaikan oleh seseorang atau sumber berita tanpa membuat penilaian dari segi teknikal kerana tidak mahir.

“Macam saya, saya ada latar belakang undang-undang dan perakaunan malah selain belajar saya juga terlatih dalam bidang-bidang tersebut di United Kingdom dan Dubai jadi apabila melihat kepada isu 1MDB saya boleh menghuraikannya mengikut aspek teknikal dan memberi penjelasan secara berfakta kepada sesiapa yang mahukan jawapan.

“Tetapi terserah kepada mereka sama ada mahu mendengarnya atau tidak,” katanya sambil menambah, pengamal media mungkin mahu mensensasikan isu 1MDB bagi menarik lebih ramai pembaca.

Disebabkan itu, Arul berkata, beliau dan syarikatnya merasa bertanggung jawab untuk memberi penerangan terus kepada rakyat mengenai isu 1MDB dengan mengadakan roadshow ke seluruh Malaysia.

Setakat ini, kira-kira 30 roadshow telah diadakan.


0 comments:

share2