Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 21, 2018

[KUANTAN] TENGKU ABDULLAH GESA JANGAN TABUR FITNAH



Tengku Abdullah gesa jangan tabur fitnah



Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya mengekalkan keamanan pelbagai bangsa dan kaum di negara ini.

Baginda bertitah supaya mengenepikan sentimen perkauman dan perlu terus mengekalkan keharmonian, saling hormat dan toleransi.

“Saya harap, setelah negara kita baru selesai PRU14, jangan ada pihak cuba mencetuskan rasa kurang selesa dengan bertindak mewujudkan ketegangan dan permusuhan di kalangan rakyat yang boleh menjejaskan semangat permuafakatan dan perpaduan di kalangan rakyat.

“Janganlah ada unsur fitnah-memfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar sehingga menimbulkan syak wasangka seterusnya mencetuskan permusuhan antara sesama rakyat dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan,” tambahnya.

Baginda bertitah demikian pada Majlis berbuka puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan memerlukan di Masjid Kampung Paya Bungor.

“Janganlah kita terlalu ghairah dalam mengejar agenda tertentu sehingga mengorbankan perpaduan negara dan mengambil jalan pintas dengan mempolitikkan setiap aspek kehidupan kerana ini boleh membawa kepada kehancuran negara dan menyebabkan kita hilang apa kita ada sekarang,” titahnya.


0 comments:

share2