Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 21, 2018

SEKOLAH TAHFIZ & LAIN-LAIN SISTEM PERLU DIMANSUHKAN - ABDUL GHANI ABDUL AZIZ






Untuk membina Bangsa Malaysia, sistem pengajian seperti sekolah Tahfiz, vernakular dan lain-lainnya, perlu dihapuskan. 

Demikian menurut Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (B). 

Ia berdasarkan kepada keterujaan yang ditunjukkan selepas PRU 14. “Kelihatan seperti sekarang ini, kita punyai kesempatan untuk membina Bangsa Malaysia yang buta kepada bangsa, etnik dan agama.” 

Ini kerana menurutnya, 17 tahun pertama di dalam kehidupan seseorang itu, adalah merupakan tempoh yang paling penting dalam pembentukan sahsiah kerana pendedahan yang diterima mereka akan menentukan keperibadian, sentimen dan prejudis mereka juga. 

Ia hanya boleh dicapai sekiranya semua anak-anak uang berusia tujuh ke 17 tahun membesar secara bersama dengan belajar di sekolah yang sama di mana mereka boleh belajar untuk berinteraksi, belajar dan bermain secara bersama. 

Sepertimana kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Menurutnya lagi, semua sistem sekolah yang lain, tidak kira sama ada sekolah tahfiz atau vernakular, ianya perlu dimansuhkan. Malaysia perlu mempunyai sistem satu sekolah seperti yang kita lihat wujud di Indonesia, Thailand dan sebagainya. 

Kewujudan sistem unik di Malaysia yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular secara bersama dengan sekolah kebangsaan yang lain, tidak mempromosikan kesatuan kebangsaan. 

Cadangan-cadangan ini termasuk cadangan sistem satu sekolah yang membantu pengajaran beberapa bahasa seperti Arab, Tamil, Cina dan lain-lain dibuat Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (R) TUDM dalam penulisannya yang diterbitkan oleh akhbar The Star sebelum ini.


0 comments:

share2